HALAMAN INFO
FUNGSI BAHAGIAN
Bahagian-bahagian dalam MITRA memacu pembangunan holistik masyarakat India melalui pembahagian peranan strategik dalam pengurusan, perancangan, dan pelaksanaan program teras yang mensasarkan pelbagai aspek kehidupan, memastikan penyampaian perkhidmatan bersasar, berintegriti, dan berimpak tinggi.
1. BAHAGIAN PERANCANGAN STRATEGIK
Peneraju dasar dan hala tuju strategik, penyelarasan Kabinte/Parlimen, penilaian KPI, pengurusan data, kajian impak berteraskan bukti.
2. BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
Nadi operasi utama sokongan pentadbiran, pengurusan sumber manusia, infrastruktur ICT, tadbir urus kewangan dan pembangunan berintgeriti.
3. BAHAGIAN PEMANTAUAN
Memantau pelaksanaan program, penyampaian maklumat untuk keberkesanan, mengekalkan imej positif organisasi.
4. BAHAGIAN PENDIDIKAN
Membangunkan modal insan, pemerkasaan ilmu, latihan kemahiran teknikal, latihan kepimpinan, pembangunan kendiri pelajar dan belia.
5. BAHAGIAN EKONOMI
Menerajui taraf sosioekonomi dan mobiliti B40, bantuan perniagaan, pembangunan kerjaya, program peningkatan kemahiran mampan.
6. BAHAGIAN SOSIAL
Inisiatif kesejahteraan sosial, kebajikan, kesihatan, sokongan khusus kumpulan rentan (OKU, ibu tunggal, bekas banduan).
7. BAHAGIAN PEMBANGUNAN INSAN
Pembentukan sahsiah, pembangunan kerohanian, pemeliharaan kebudayaan merentas generasi.